Page 39 - KGPA Diari 2024
P. 39

SENARAI DAN SYARAT - SYARAT
                 PERTANDINGAN GOLF KGPA
     4.  KGPA Klasik
        a)   Terbuka kepada semua ahli yang mempunyai handikep yang sah tidak
            lebih 24 bagi lelaki dan 36 bagi wanita.
        b)   Format  pertandigan  adalah  partnership  (Combined  Stableford).
            Pasangan yang mengumpul jumlah mata terbanyak akan diisytiharkan
            sebagai pemenang.
        c)   Bayaran penyertaan adalah RM95.00 setiap perserta termasuk SST 8%,
            bugi fi, sarapan pagi dan jamuan makan tengahari semasa Majlis
            Penyampaian Hadiah.
     5.  KGPA Greensome
        a)   Pertandingan  dijalankan  secara  berpasangan  (2  pemain)  dan  terbuka
            kepada ahli-ahli yang mempunyai handikep yang sah tidak lebih 24 bagi
            lelaki dan 36 bagi wanita.
        b)   Tidak  ada  batasan  ke  atas  jumlah  gabungan  handikep  bagi  setiap
            pasangan. 50% daripada handikep gabungan ini akan digunakan bagi
            maksud pertandingan. Mana-mana pecahan separuh stroke atau lebih
            akan dikira sebagai stroke penuh bagi handikep gabungan dan mana-
            mana pecahan yang kurang daripada separuh stroke akan diabaikan.
        c)   Kedua-dua pemain untuk setiap pasangan hendaklah membuat pukulan
            di atas tee-box, pasangan kemudiannya perlu memilih satu bola dan
            bermain secara bergilir-gilir sehingga selesai lubang tersebut.
        d)   Pertandingan  adalah  berdasarkan  kiraan  stableford  points  18  lubang
            dan pasangan yang berjaya mengumpul jumlah mata terbanyak akan
            diisytiharkan pemenang.
        e)   Pasangan campuran (Lelaki dan Wanita) tidak dibenarkan.
        f)   Bayaran penyertaan adalah RM95.00 setiap perserta termasuk SST 8%,
            bugi fi, sarapan pagi dan jamuan makan semasa Majlis Penyampaian
            Hadiah.
     6.  KGPA Partnership
        a)   Pertandingan ini dijalankan secara berpasangan (2 pemain).
        b)   Terbuka  kepada  ahli-ahli  yang  mempunyai  handikep  yang  sah  tidak
            melebih 24 bagi lelaki dan 36 bagi wanita.


     37   Kelab Golf Perkhidmatan Awam Malaysia
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44