Page 37 - KGPA Diari 2024
P. 37
PERATURAN - PERATURAN UMUM
PERTANDINGAN GOLF KGPA
9. KEPUTUSAN SERI
9.1 Melainkan dinyatakan di dalam syarat-syarat pertandingan, sekiranya
berlaku keputusan seri untuk sesuatu kedudukan, pemenang akan
ditentukan melalui kiraan ke belakang atas kad skor (on count back –
OCB) berdasarkan prosedur berikut:
i) Berdasarkan skor terbaik 18 lubang terakhir (permainan lebih dari
18 lubang)
ii) Skor terbaik 9 lubang terakhir (lubang 10 - 18)
iii) Skor terbaik 6 lubang terakhir (lubang 13 - 18)
iv) Skor terbaik 3 lubang terakhir (lubang 16 - 18)
v) Skor terbaik dari lubang ke lubang bermula dari lubang terakhir
vi) Sekiranya masih lagi seri, undian akan dijalankan
9.2 Jika berlaku seri semasa Piala Juara Kelab, Juara Senior Lelaki dan
Juara Wanita (bagi pertandingan berasaskan pukulan Gross), pemenang
akan ditentukan melalui permainan sudden death. Tournament Director
atau Official Referee yang dilantik akan menetapkan masa, lubang dan
sebagainya bagi maksud ini.
10. PERTANDINGAN TERGENDALA
10.1 Sekiranya sesuatu pertandingan 18 lubang (atau jumlah tertentu yang
telah ditetapkan) tidak dapat disempurnakan atas sebab cuaca atau
sebab-sebab lain yang tidak dapat dielakkan, Tournament Director
akan memutuskan keputusan pertandingan setelah meneliti alternatif-
alternatif terbaik yang ada. Keputusan yang dibuat adalah muktamad.
11. PENYERAHAN KAD SKOR
11.1 Setelah tamat sesuatu pertandingan, setiap pemain hendaklah
menyemak dan menandatangani kad skor masing-masing dan
menyerahkan kad skor tersebut dengan segera kepada tournament
officials iaitu kakitangan KGPA yang berkenaan. Kelewatan yang
disengajakan dalam penyerahan kad skor dalam masa yang ditetapkan
boleh menyebabkan penyertaan pemain berkenaan dibatalkan.
12. PERTIKAIAN & RAYUAN (DISPUTE & APPEAL)
12.1 Pertikaian yang timbul semasa kejohanan hendaklah dikemukakan
kepada Jawatankuasa Kejohanan tidak lewat daripada 5 jam (6.00
petang) selepas selesai pusingan.
35 Kelab Golf Perkhidmatan Awam Malaysia

