Page 38 - KGPA Diari 2024
P. 38
SENARAI DAN SYARAT - SYARAT
PERTANDINGAN GOLF KGPA
1. Piala Juara Kelab, Juara Senior Lelaki dan Juara Wanita
a) Juara Kelab adalah terbuka kepada ahli lelaki yang mempunyai handikep
18 dan ke bawah.
b) Juara Wanita adalah terbuka kepada semua ahli wanita yang mempunyai
handikep 36 dan ke bawah.
c) Juara Senior Lelaki adalah terbuka kepada semua ahli lelaki yang
berumur 55 tahun dan ke atas mempunyai handikep 24 dan ke bawah.
d) Format pertandingan adalah berdasarkan permainan strokeplay 36
lubang.
e) Keputusan keseluruhan pertandingan adalah diasaskan kepada
handikep yang ditetapkan pada hari pertama pertandingan.
f) Peserta yang berjaya mengumpul jumlah pukulan gross terendah akan
diisytiharkan sebagai Juara.
g) Bayaran penyertaan adalah RM185.00 termasuk SST 8%,bugi fi, sarapan
pagi dan makan tengahari untuk dua hari.
2. Piala Presiden, Piala Kapten, Piala Jawatankuasa Am dan Piala KGPA
a) Terbuka kepada semua ahli yang mempunyai handikep yang sah tidak
lebih 24 bagi lelaki dan 36 bagi wanita.
b) Pertandingan adalah berdasarkan permainan strokeplay 18 lubang.
Pemenang-pemenang adalah berdasarkan peserta yang berjaya
mengumpul jumlah pukulan gross terendah.
c) Bayaran penyertaan adalah RM95.00 termasuk SST 8%,bugi fi, sarapan
pagi dan jamuan makan tengahari semasa Majlis Penyampaian Hadiah.
3. Piala Merdeka dan Piala Ulang Tahun
a) Terbuka kepada semua ahli yang mempunyai handikep yang sah tidak
lebih 24 bagi lelaki dan 36 bagi wanita.
b) Pertandingan adalah berdasarkan kiraan stableford 18 lubang. Peserta
yang berjaya mengumpul jumlah mata terbanyak akan diisytiharkan
pemenang.
c) Bayaran penyertaan adalah RM95.00 termasuk SST 8%,bugi fi, sarapan
pagi dan jamuan makan tengahari semasa Majlis Penyampaian Hadiah.
Diari Golf 2024 36

