Page 33 - KGPA Diari 2024
P. 33

PERATURAN - PERATURAN UMUM
                 PERTANDINGAN GOLF KGPA
     1.  PENGANJUR
        1.1   Penganjur pertandingan adalah Jawatankuasa Pertandingan, Handikep
            dan  Peraturan  Golf  (JKPHPG)  Kelab  Golf  Perkhidmatan  Awam  (KGPA)
            Malaysia.

     2.  PENGELOLAAN
        2.1   JKPHPG akan melantik Tournament Director bagi setiap pertandingan.
     3.  UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN
        3.1   Semua  pertandingan  dijalankan  mengikut  peraturan-peraturan  yang
            telah ditetapkan oleh R&A Rules Limited dan Peraturan Tempatan KGPA.
     4.  HANDIKEP
        4.1   Pemain  yang  mempunyai  handikep  yang  sah  (USGA-WHS)  /  club
            handicap  sahaja  dibenarkan  menyertai  pertandingan.  Pemain  juga
            perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan bagi sesuatu
            pertandingan  termasuk  syarat  minimum  handikep  jika  dinyatakan  di
            dalam pertandingan yang berkenaan. Kiraan handikep akan diambil kira
            berdasarkan tarikh tutup setiap pertandingan.
        4.2   Handikep adalah berdasarkan kepada handikep indeks yang diasaskan
            kepada slope rating padang (Hills / Lakes / Forest) dan tee box yang
            ditetapkan.  Sekiranya  terdapat  Tee  Box  yang  diubah  dari  kedudukan
            asal maka penetapan penggunaan slope rating adalah atas budi bicara
            Tournament Director.
        4.3   Sekiranya ahli mempunyai lebih daripada USGA Handikep Index, maka
            handikep index terendah hendaklah digunakan.

        4.4   Maksimum  handikep  yang  dibenarkan  untuk  menyertai  mana-mana
            pertandingan bagi lelaki adalah 24 dan 36 bagi wanita, tertakluk kepada
            syarat yang dinyatakan dengan nyata mengenai handikep bagi sesuatu
            pertandingan.
        4.5   Pemain  yang  ingin  menyertai  pertandingan  yang  terbuka  kepada
            handikep 18 ke bawah boleh mengistiharkan handikep mereka kepada
            handikep 18 dengan tidak melebihi 2 stroke daripada handikep asal dan
            handikep pengistiharan tersebut akan kekal untuk 3 bulan.
        4.6   Mana-mana  pemain  yang  gagal  mengishtiharkan  handikep  semasa
            akan dibatalkan (disqualified).


     31   Kelab Golf Perkhidmatan Awam Malaysia
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38