Page 28 - KGPA Diari 2024
P. 28

PERATURAN PENGGUNAAN PADANG
                 (HILLS, LAKES DAN FOREST)
        f.   Sebarang  pembatalan  slot  golf  yang  telah  ditempah  hendaklah
            dimaklumkan kepada Kaunter Golf, Bahagian Golf & Sukan KGPA atau
            melalui  online  selewat-lewatnya  satu  hari  (24  jam)  sebelum  tarikh
            permainan slot golf yang ditempah.
        g.   Ahli  yang  gagal  menggunakan  slot  golf  yang  telah  ditempah  atau
            gagal memaklumkan pembatalan kurang dari satu hari (24 jam) akan
            dikenakan caj penalti seperti berikut:
            Tempahan slot golf pada Hujung Minggu / Cuti Umum  -  RM100.00
            Tempahan slot golf pada hari Isnin hingga Jumaat   -  RM50.00
         h.   Slot yang telah ditempah tidak akan dibenarkan untuk membuat
            pindahan kepada ahli lain dan perisian slot ini akan diberi kepada ahli
            mengikut waiting list.

        i.   Pemain  harus  mendaftar  di  kaunter  golf  15  minit  sebelum  tee  time
            dan pemain harus melaporkan diri di starter 5 minit sebelum tee-off.
            Pemain-pemain yang tidak bersedia untuk tee-off dalam tempoh 5 minit
            waktu  tempahannya  akan  kehilangan  masa  permulaan.  Masa  tee-off
            yang baru akan ditentukan semula oleh starter mengikut kekosongan
            slot.
         j.   Pemain yang gagal menetapi masa tempahan untuk pendaftaran seperti
            dalam syarat 2(a) tidak dibenarkan bermain kecuali tertakluk kepada
            kekosongan slot.

     9.   AHLI BERSARA
        a.   Waktu tee-off bagi kategori “Ahli Bersara” adalah seperti berikut:
            Padang Hills dan Lakes
            Isnin hingga Jumaat   -  7.15 pagi hingga 6.30 petang
            Sabtu           -  sebelum jam 9.07 pagi
            Ahad/Cuti Umum   -  Tidak dibenarkan**
            ** Jika bermain pada hari tersebut, ahli akan dikenakan bayaran Green Fi.
            Padang Forest
            Isnin hingga Jumaat   -  7.15 pagi hingga 6.30 petang
            Sabtu           -  sebelum 9.07 pagi
            Sabtu/Ahad/Cuti Umum   -  selepas jam 4.30 petang


                                         Diari Golf 2024  26
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33