Page 26 - KGPA Diari 2024
P. 26

PERATURAN PENGGUNAAN PADANG
                 (HILLS, LAKES DAN FOREST)
        d.   Pendaftaran  golf  untuk  hari  minggu  dan  cuti  umum  adalah  untuk
            18  lubang.  Pendaftaran  untuk  9  lubang  hanya  dibenarkan  jika  ada
            pertandingan golf yang dijalankan pada hari tersebut atau pendaftaran
            dibuat selepas jam 4.30 petang untuk padang Hills dan Lakes.
     4.  KAWALAN MASA PERMAINAN DAN KAWALAN PERMAINAN
        a.   Dalam  keadaan  biasa  tempoh  permainan  dari  pukulan  tee  pertama
            adalah seperti berikut:
            9  lubang  -  2 jam 20 minit
            18 lubang  -  4 jam 40 minit
        b.   Flight yang berhenti bermain untuk sebarang tujuan akan kehilangan
            keutamaan bermain di lubang berikutnya.
        c.   Jika didapati mengganggu permainan, permainan terlalu perlahan atau
            tidak boleh bermain, marshall akan menarik keluar padang atau dihantar
            bermain di Forest.
        d.   Jika didapati  flight melambatkan/melengahkan pemain lain,  flight di
            belakang akan dibenarkan untuk memintas.
        e.   Kanak-kanak yang berumur 16 tahun ke bawah untuk permain golf
            mesti ditemani oleh ibu bapa / penjaga dan tidak dibenarkan memandu
            bugi.
     5.  PERKHIDMATAN KEDI DAN BUGI
        a.   Perkhidmatan kedi untuk 9 lubang adalah untuk tempoh tidak melebihi
            2½  jam.  Sekiranya  melebihi  2½  jam  tetapi  kurang  daripada  5  jam,
            bayaran tambahan bersamaan caj untuk 9 lubang akan dikenakan.
        b.   Perkhidmatan kedi untuk 18 lubang adalah untuk tempoh tidak melebihi
            5  jam.  Sekiranya  melebihi  5  jam,  bayaran  tambahan  bersamaan  caj
            untuk  9 lubang akan dikenakan.
        c.   Green fee tambahan akan dikenakan bagi pemain yang bermain lebih
            daripada tempoh pendaftaran asal 9 lubang atau 18 lubang.
        d.   Bugi  hendaklah  dikembalikan  ke  stesen  bugi  sebaik  selepas  tamat
            permainan.  Bayaran  tambahan  bersamaan  caj  untuk  9  lubang  akan
            dikenakan untuk bugi yang dikembalikan selepas masa yang ditetapkan.
        e.   Bugi tidak dibenarkan di bawa ke parkir, halfway hut dan driving range
            kecuali mendapat kebenaran daripada Pengurusan Kelab.
     6.  TEE-OFF
        a.   Semua tee-off hanya bermula dari lubang-lubang berikut kecuali pada
            hari  pertandingan  golf  yang  menetapkan  pelepasan  tee-off  secara
            shotgun start .

                                         Diari Golf 2024  24
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31