Page 27 - KGPA Diari 2024
P. 27

PERATURAN PENGGUNAAN PADANG
                 (HILLS, LAKES DAN FOREST)
            Hills   -  Tee-Box 1
            Lakes   -  Tee-Box 10
            Forest   -  Tee-Box 19
        b.   Pemain  hendaklah  bermain  di  lubang  yang  betul  mengikut  turutan
            lubang yang betul kecuali dengan kebenaran Starter / Marshall.
     7.  CROSS OVER
        a.   Masa rasmi cross over adalah seperti berikut:
            Pagi   -   9.35 pagi hingga 11.27 pagi
            Tengahari  -   2.36 petang hingga 4.28 petang
        b.   Cross  over  rasmi  adalah  mengikut  turutan  Hills  ke  Lakes,  Lakes  ke
            Forest dan Forest ke Hills.
        c.   Keutamaan untuk cross over adalah sebelum jam 4.30 petang. Pemain
            yang  cross  over  selepas  4.30  petang  akan  kehilangan  keutamaan
            untuk cross over. Starter / Marshall dibenarkan menyusun flight secara
            alternate sekiranya terdapat flight baru selepas jam 4.30 petang.
        d.   Pemain yang menamatkan 9 lubang pertama hendaklah segera melapor
            diri kepada Starter untuk meneruskan permainan. Kegagalan berbuat
            demikian akan menyebabkan kehilangan keutamaan cross over.

     8.  TEMPAHAN WAKTU TEE-OFF
        a.   Tempahan boleh dibuat secara dalam talian (online booking), dengan
            telefon atau walk-in.
        b.   Keutamaan  tee-off  akan  diberikan  kepada  ahli  /  tetamu  yang  telah
            membuat tempahan. Bagi pengguna bugi atau pejalan kaki digalakkan
            untuk  membuat  tempahan  bagi  mengelakkan  ketiadaan  slot  untuk
            bermain.
        c.   Sistem tempahan dalam talian (online booking) akan dibuka mulai jam
            10.00 malam setiap hari untuk tempahan waktu tee-off bagi 7 hari lebih
            awal (7 days in advance).
        d.   Tempahan  waktu  tee-off  bagi  walk-in  guest  /  pakej  promosi  adalah
            hanya untuk slot waktu tee-off selepas jam 8.30 pagi pada hari biasa
            (Isnin hingga Jumaat) dan selepas jam 12.16 tengahari pada cuti umum
            dan hujung minggu (Sabtu & Ahad).
        e.   Setiap  ahli  hanya  dibenarkan  menempah  satu  slot  sahaja  (sama  ada
           secara online atau melalui kaunter / walk-in).
     25   Kelab Golf Perkhidmatan Awam Malaysia
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32