Page 31 - KGPA Diari 2024
P. 31

PERATURAN PENGGUNAAN PADANG
                 (HILLS, LAKES DAN FOREST)
     14.   ETIKA GOLF

        a.   Semua  pemain  harus  memberi  pertimbangan  dan  kesopanan  kepada
            individu  lain  sepanjang  masa.  Pemain  perlu  berhati-hati  untuk
            mengelakkan diri daripada membahayakan mana-mana pemain lain dan
            sekiranya gagal tindakan disiplin boleh diambil.
        b.   Pemain mesti menampal divot dengan membawa beg pasir atau botol
            pasir, rake bunker, baiki ball mark, tidak merokok KECUALI ditempat
            yang dibenarkan sahaja dan DILARANG membuang sampah di lapangan.
        c.   Elakkan memperlahankan permainan.
        d.   Bugi hendaklah sentiasa dipandu di laluan / jalan bugi sahaja.

     15.  RAIN-CHECK
        a.   Rain-check hanya dikeluarkan jika berlaku keadaan-keadaan berikut:
           i.  Padang ditutup melebihi 30 minit atau berterusan atas sebab cuaca
              buruk, hujan, kilat, bencana alam dan sebagainya.
           ii.  Keadaan padang yang terlalu becak menjadikan pemainan golf tidak
              sesuai dan tidak dapat diteruskan.
        b.   Kelayakan rain-check adalah seperti berikut:
           Pendaftaran Untuk 9 Lubang:
           Bermain kurang daripada 3 lubang   -    rain-check 9 lubang
           Bermain melebihi 3 lubang   -    tiada rain-check
           Pendaftaran Untuk 18 lubang:
           Bermain kurang daripada 3 lubang   -   rain-check 18 lubang
           Bermain kurang daripada 12 lubang   -   rain-check 9 lubang
           Bermain melebihi 12 lubang   -   tiada rain-check
        c.   Penggunaan tuntutan  rain-check adalah seperti:
           i.  Rain-check  untuk  hari  Sabtu,  Ahad  Pagi  dan  Cuti  Umum,  boleh
              diguna pada Sabtu, Ahad Pagi, Cuti Umum dan Isnin – Jumaat.
           ii.  Rain-check untuk hari Isnin - Jumaat, hanya boleh diguna pada Isnin
              - Jumaat sahaja.
           iii.  Rain-check untuk hari Ahad Petang hanya boleh diguna pada Ahad
              petang dan Isnin – Jumaat sahaja.

     29     Kelab Golf Perkhidmatan Awam Malaysia
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36