Page 30 - KGPA Diari 2024
P. 30

PERATURAN PENGGUNAAN PADANG
                 (HILLS, LAKES DAN FOREST)
     11.  AHLI LUAR KAWASAN (ABSENT MEMBER)
        a.   Kemudahan  bermain  golf  dihadkan  sebanyak  dua  belas  (12)  kali
            setahun dan tidak layak menyertai sebarang pertandingan golf yang
            dianjurkan oleh Kelab.
        b.   Sekiranya ahli luar Kawasan mengunakan kemudahan golf melebihi
            dua  belas  (12)  kali  setahun  akan  dikenakan  bayaran  atas  kadar
            pelawat.
        c.   Tiada Kemudahan  affiliasi / reciprocal antara kelab-kelab golf yang
            mempunyai perjanjian.
     12.  TETAMU

        a.   Setiap ahli dibenarkan untuk membawa 3 orang tetamu pada hari biasa,
            hari minggu dan hari cuti umum.  Daripada 3 orang tetamu tersebut, 2
            orang akan dikenakan bayaran atas kadar tetamu ahli kelab, manakala
            tetamu ketiga dikenakan bayaran atas kadar pelawat. Tetamu hendaklah
            ditemani oleh ahli kelab.
        b.   Ahli  keluarga  (spouse)  dan  anak  ahli  (Ahli  Keluarga  Tidak  Berbayar)
            dibenarkan  bermain  golf  sebagai  tetamu  tertakluk  kepada  bayaran
            green fi yang ditetapkan dan kadar bugi harga pelawat.
        c.   Ahli  keluarga  (spouse)  dan  anak  ahli  (Ahli  Keluarga  Tidak  Berbayar)
            tidak boleh memperkenalkan tetamu untuk bermain golf. ‘Tetamu’ yang
            bermain  dengan  ahli  keluarga  (spouse)  dan  anak  ahli  (Ahli  Keluarga
            Tidak  Berbayar)  adalah  dianggap  sebagai  pelawat  dan  dikenakan
            bayaran atas kadar harga pelawat.
        d.   Tetamu / Pelawat yang bermain golf mesti mengambil kedi bagi setiap 2
            Tetamu / Pelawat 1 kedi. tertakluk kepada ketersediaan kedi.
        e.   Ahli  yang  mendaftarkan  tetamu  untuk  bermain  golf  adalah
            bertanggungjawab ke atas disiplin / tatalaku tetamu mereka.

     13.  PELAWAT
        a.   Waktu tee-off bagi pelawat untuk padang Hills, Lakes dan Forest adalah
            seperti berikut:
            Isnin hingga Jumaat   -  8.30 pagi hingga 2.08 petang
            Sabtu / Ahad / Cuti Umum  -  selepas 12.16 tengahari


                                         Diari Golf 2024  28
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35