Page 34 - KGPA Diari 2024
P. 34

PERATURAN - PERATURAN UMUM
                 PERTANDINGAN GOLF KGPA
     5.  PENYERTAAN PERTANDINGAN
        5.1   Hanya Ahli Biasa (principle) dan ahli keluarga berbayar sahaja yang
            dibenarkan untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh KGPA.
        5.2   Pendaftaran  pertandingan  dibuka  sekurang-kurangnya  3  minggu  dari
            tarikh  pertandingan.  Ahli-ahli  hendaklah  mendaftar  untuk  menyertai
            pertandingan sebelum tarikh tutup yang ditetapkan dengan cara berikut:
            i)  mendaftar via qisoft app atau online website http://qisoftatclub.myqisoft.com/

        5.3   Melainkan  dinyatakan,  tarikh  tutup  pertandingan  adalah  dua(2)  hari
            sebelum tarikh pertandingan pada jam 3.00 petang. (Contoh: Sekiranya
            pertandingan  diadakan  pada  Ahad,  pendaftaran  akan  ditutup  pada
            jumaat jam 3.00 petang). Ahli-ahli yang mendaftar lewat / walk in untuk
            pertandingan akan dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM10.00.
        5.4   Penyertaan  selepas  tarikh  tutup  atau  walk  in  tidak  diterima  dalam
            pertandingan utama (Piala KGPA, Piala kapten, Piala  Presiden, Piala AJK
            AM, KGPA Klasik, KGPA Greensome, Piala Merdeka, Piala Ulang Tahun
            & KGPA Partnership, Juara Senior Lelaki/Wanita dan Juara Kelab). Bagi
            pertandingan  Medal  Bulanan  dan  Medal  Senior  ahli-ahli  dibenarkan
            walk in pada hari Pertandingan tetapi ia tertakluk kepada kekosongan
            flight dan bayaran tambahan dari (5.2).
        5.5   Penyertaan maksimum bagi sesuatu pertandingan adalah 132 pemain
            kecuali  dinyatakan  di  dalam  syarat-syarat  pertandingan  berkenaan.
            Penyertaan adalah berdasarkan ‘first come first serve basis’. JKPHPG
            boleh menggunakan budi bicaranya untuk mengadakan sesi tambahan
            sekiranya perlu bagi sesuatu pertandingan.
        5.6   Sekiranya bilangan peserta kurang daripada jumlah yang berpatutan,
            JKPHPG  boleh  membatalkan  atau  menangguhkan  pertandingan
            tersebut.
        5.7   Pembatalan penyertaan hendaklah dibuat melalui qisoft app atau online
            website http://qisoftatclub.myqisoft.com/ ataupun dengan memberitahu
            kakitangan jabatan golf KGPA melalui faks, email atau telefon.
            Pembatalan penyertaan di dalam sesuatu pertandingan adalah tertaluk
            kepada syarat-syarat berikut:

            i)  Menarik diri selepas tarikh/masa tutup – kadar penuh yuran atau
              kadar bayaran makanan dan minuman dan bayaran bugi.




                                         Diari Golf 2024  32
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39