Page 35 - KGPA Diari 2024
P. 35
PERATURAN - PERATURAN UMUM
PERTANDINGAN GOLF KGPA
5.8 Ahli yang telah mendaftar untuk sesuatu pertandingan tetapi tidak hadir
pada hari pertandingan tanpa notis akan dikenakan denda bersamaan
dengan amaun yuran sebenar pertandingan berkenaan.
5.9 JKPHPG berhak menetapkan kadar bayaran penyertaan bagi sesuatu
pertandingan. Bayaran ini akan didebitkan ke dalam akaun ahli
berkenaan. Bagi ahli yang mempunyai hutang tertunggak melebihi
jumlah yang ditetapkan, ahli berkenaan hendaklah membuat bayaran
secara tunai.
Bagi medal bulanan dan medal senior perserta perlu mendaftar 15 minit
sebelum waktu tee off jika gagal pihak JKPHPG berhak menyusun semula
flight.
6. SUSUNAN FLIGHT
6.1 Susunan flight akan dibuat sehari sebelum tarikh pertandingan. Susunan
flight tersebut akan dipamerkan di papan kenyataan, telegram- CHANNEL
KGPAGOLFINFO dan Qisoft App KGPA untuk rujukan dan makluman
perserta.
6.2 Semua Tee Off bermula dari penanda biru untuk lelaki dan merah bagi
wanita kecuali medal senior bermula dari penanda putih.
7. HADIAH
7.1 Setiap pemain hanya dibenarkan memenangi satu hadiah sahaja. Walau
bagaimanapun beliau boleh memenangi hadiah-hadiah novelty, jika
hadiah-hadiah tersebut disediakan. Setiap pemain dihadkan memenangi
1 hadiah novelty dan 1 hadiah ballsweep sahaja.
7.2 Pembahagian hadiah bagi pertandingan yang menyediakan hadiah
medal adalah seperti berikut:
04 hingga 07 peserta - 1 hadiah
08 hingga 10 peserta - 2 hadiah
11 hingga 15 peserta - 3 hadiah
16 hingga 20 peserta - 4 hadiah
Lebih dari 21 peserta - 5 hadiah
7.3 Peruntukan ballsweep (sekiranya tidak dinyatakan di dalam pertandingan
berkenaan) adalah seperti berikut:
Tempat pertama - 09 biji bola
Tempat kedua - 06 biji bola
Tempat ketiga - 03 biji bola
33 Kelab Golf Perkhidmatan Awam Malaysia

