Page 36 - KGPA Diari 2024
P. 36
PERATURAN - PERATURAN UMUM
PERTANDINGAN GOLF KGPA
7.4 JKPHPG akan menggunakan budibicaranya untuk menentukan
jumlah, jenis, nilai dan kategori hadiah yang disediakan untuk sesuatu
pertandingan.
7.5 Pemain yang berjaya mendapat pukulan eagle di dalam pertandingan
rasmi anjuran KGPA, layak memenangi hadiah eagle iaitu 1 dozen bola.
7.6 Pemain-pemain yang berjaya membuat pukulan Hole In One atau
Albatross dalam sesuatu pertandingan golf anjuran KGPA layak
mendapat hadiah 2 dozen bola dan sijil penghargaan.
8. PENETAPAN MEDAL
8.1 Bagi pertandingan yang menawarkan hadiah medal, penetapan Kategori
Medal adalah seperti berikut:
i) Medal A – Pemain dengan handikep 0 hingga 12
ii) Medal B – Pemain dengan handikep 13 hingga 18
iii) Medal C – Pemain dengan handikep 19 hingga 24
iv) Medal Wanita – Pemain dengan handikep 0 hingga 36
8.2 Sekiranya bilangan peserta bagi sesuatu medal kurang dari jumlah
minimum yang ditetapkan, kategori medal ini akan digabungkan
berdasarkan kaedah berikut:
i) Medal A dan B digabungkan jika Medal A atau Medal B kurang dari 4
peserta.
ii) Medal B dan C digabungkan jika Medal C kurang dari 4 peserta.
iii) Wanita dan Medal C digabungkan jika Medal Wanita kurang dari
4 peserta. Jika ini berlaku bagi pemain wanita yang mempunyai
handikep kurang dari 19 akan dimasukkan dalam kategori medal
yang berkenaan.
8.3 Jika sekiranya jumlah penyertaan bagi setiap medal kurang dari jumlah
minimum yang ditetapkan dan tidak memungkinkan untuk digabungkan,
pertandingan akan dijalankan dengan menggabung keseluruhan peserta
pertandingan dengan syarat jumlah peserta melebihi 12 orang.
8.4 Sesuatu pertandingan akan ditangguh / dibatalkan sekiranya jumlah
penyertaan kurang dari jumlah berpatutan.
Diari Golf 2024 34

