
Chart & Scope Organization

Chart

Scope
JABATAN KEWANGAN
- Mengurus dan mentadbir kewangan Kelab berdasarkan peruntukan yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Am, pengurusan perakaunan dan kawalan perbelanjaan secara cekap, berkesan dan akauntabiliti.
JABATAN PENTADBIRAN SUMBER MANUSIA
- Mengurus, mentadbir, mengawal selia dan membangunkan Sumber Manusia dalam organisasi ke arah mencapai matlamat Kelab.
KEAHLIAN
- Merancang, melaksana, mengurus dan menyelaras hal ehwal keahlian Kelab termasuk proses permohonan, pendaftaran, pembaharuan, pemantauan rekod keahlian serta menjaga kebajikan dan hubungan baik dengan ahli bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap dan mesra.
PEMASARAN
- Merancang, melaksanakan, mengiklankan dan mempromosikan aktiviti-aktiviti/pakej dan kemudahan Kelab melalui media cetak, elektronik dan sebagainya serta memberi perkhidmatan yang terbaik bagi semua kemudahan yang ada termasuk makanan dan minuman kepada ahli-ahli dan tetamu Kelab.
FASILITI KELAB
- Memastikan setiap perkakasan elektrik, mekanikal dan fasiliti bangunan dalam keadaan baik serta selamat digunakan.
- Memastikan tiada isu-isu keselamatan dan bebas daripada kes-kes yang berkaitan dengan keselamatan/penceroboh serta memastikan ahli-ahli dan tetamu Kelab merasa selamat bila berada di dalam kawasan Kelab.
- Memastikan tiada isu-isu keselamatan dan bebas daripada kes-kes yang berkaitan dengan keselamatan/penceroboh serta memastikan ahli-ahli dan tetamu Kelab merasa selamat bila berada di dalam kawasan Kelab.
- Memberi keselesaan kepada ahli-ahli dan tetamu Kelab serta dapat meningkatkan imej Kelab setanding dengan Kelab-kelab Golf yang bertaraf 5 bintang.
- Memberikan ruang yang lebih selesa kepada ahli dan menawarkan kepelbagaian kemudahan
- Tambah baik sistem keselamatan di Kelab
GOLF & SUKAN
- Standard perkhidmatan yang ditawarkan kepada ahli-ahli dan tetamu Kelab melebihi ekspektasi sejajar dengan pendekatan “delighting customer”.
- Bugi sentiasa berada dalam keadaan baik, bersih dan selamat digunakan oleh ahli-ahli dan tetamu Kelab.
- Kedi yang disediakan mempunyai pengalaman, pengetahuan yang cukup mengenai peraturan, etika berada dan bermain di dalam padang golf.
- Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti golf bagi memupuk dan mengeratkan jalinan hubungan di kalangan ahli-ahli KGPA.
- Memperkenal dan mempromosikan fasiliti/kemudahan yang ada di KGPA kepada syarikat-syarikat Sendirian Berhad/ Badan Berkanun.
PADANG & LANSKAP
- Memastikan lapangan golf KGPA sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan diselenggara pada standard yang ditetepkan.
- Memastikan lanskap (softscape dan hardscape) diselenggara dengan baik agar sentiasa kemas, berbunga dan menawan hati pengunjung