
Adalah dimaklumkan bahawa penggunaan Kolam Renang KGPA akan dihentikan sementara bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan. Bekalan elektrik dan air turut dihentikan sepanjang tempoh penyelenggaraan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 13 Ogos 2026 (Khamis)
Masa : 8.00 Pagi – 2.00 Petang (6 Jam)
Sehubungan dengan itu, pihak KGPA memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama daripada semua ahli serta pihak yang terlibat amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
PENGURUSAN KGPA
12 Ogos 2026