SENIOR MARKETING EXECUTIVE

SENIOR MARKETING EKSEKUTIF

📍Lokasi: Bukit Kiara, KL

🎓KELAYAKAN:

✔️Ijazah Sarjana Muda dalam Pemasaran, Komunikasi, Pengurusan Perniagaan atau bidang berkaitan.
✔️Pengalaman minimum 3 tahun dalam Pemasaran, Promosi, Pengurusan Acara atau hubungan pelanggan (pengalaman dalam industri hospitaliti/kelab/golf satu kelebihan)
✔️Kemahiran perancangan strategik pemasaran, pengurusan kempen dan penyediaan laporan prestasi.
✔️Mampu mengendalikan platform digital & media sosial, termasuk perancangan kandungan.
✔️Kemahiran interpersonal yang baik, profesional, dan mampu membina hubungan dengan ahli korporat serta rakan industri.
✔️Penguasaan Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris yang baik (lisan & bertulis)
✔️Kemahiran menyelia pasukan junior serta bekerja secara berdikari mengikut tarikh akhir.
✔️Kreatif, bermotivasi tinggi dan mampu menghasilkan idea pemasaran yang efektif.

✍️TUGAS & TANGGUNGJAWAB:

  1. Perancangan & Strategi Pemasaran.
    ✔️Merangka dan melaksanakan pelan pemasaran tahunan KGPA.
    ✔️Menganalisis trend pasaran, keperluan ahli dan peluang promosi baru.
    ✔️Menyediakan proposisi nilai untuk penambahan ahli baharu dan retention ahli sedia ada.
  2. Promosi & Komunikasi
    ✔️Menyelaras kempen promosi kelab, restoran, acara golf, keahlian dan perkhidmatan lain.
    ✔️Menguruskan media sosial, laman web rasmi serta content planning secara berkala.
    ✔️Menyediakan bahan promosi (poster, EDM, video pendek, brosur)
  3. Pengurusan Acara
    ✔️Merancang dan melaksana acara kelab, program ahli, prmosi keahlian serta event luar.
    ✔️Berkoordinasi dengan jabatan lain (Golf, F&B, Pentadbiran) bagi memastikan kelancaran majlis.
    ✔️Menyediakan bajet, jadual kerja, dan laporan pasca acara.
  4. Penjenamaan (Branding)
    ✔️Memastikan semua komunikasi dan bahan media menepati standard jenama KGPA.
    ✔️Mencadangkan penambahbaikan imej korporat dan reputasi kelab.
  5. Pengurusan Hubungan Pelanggan & Korporat
    ✔️Mengurus CSR, kerjasama strategik, dan hubungan korporat untuk peluang promosi.
    ✔️Menangani maklum balas dan permintaan ahli berkaitan program pemasaran & komunikasi.
  6. Penyeliaan & Pelaporan
    ✔️Menyelia eksekutif/junior staff di Jabatan Pemasaran.
    ✔️Menyediakan laporan pemasaran bulanan, analisis keberkesanan kempen dan cadangan penambahbaikan.
    ✔️Memantau bajet pemasaran dan memastikan penggunaan kos yang optimum.

📩Cara Memohon:
Hantar resume ke: hr@kgpagolf.com / admin@kgpagolf.com