FAQ

Print

1.Soalan :    Mengapakah saya tidak boleh mengakses ke laman web www.kgpagolf.com?

Jawapan :    Kebiasaanya masalah ini mungkin berpunca dari faktor-faktor berikut:

a) Peranti yang digunakan bagi mengakses laman web tidak mempunyai  kelajuan internet yang sepatutnya.

b) Browser atau pelayar internet bagi peranti yang digunakan tidak dikemaskini.

c) Website atau server KGPA sedang diselenggaran notis akan dipaparkan sekiranya ada kerja-kerja penyelenggaraan.

 

2.Soalan :    Mengapakah saya tidak boleh mengakses ke Golf Booking Online?

Jawapan :    Kebiasaanya masalah ini mungkin berpunca dari faktor-faktor berikut:

a) Maklumat keahlian seperti nama penuh, nombor keahlian, nombor kad pengenalan atau pasport ahli

dan alamat e-mel yang diisi adalah berbeza dengan maklumat yang didaftarkan di dalam sistem pendaftaran

kelab, ahli hendaklah mengisi maklumat keahlian yang diperlukan seperti di dalam sistem pendaftaran

Kelab semasa mengakses Golf Booking Online.

b) Kurangnya kelajuan (speed) internet  peranti yang digunakan.

c) Browser atau pelayar internet bagi peranti yang digunakan tidak dikemaskini.

d) Pengguna tidak mengikuti arahan semasa membuat pendaftaran untuk akses ke dalam sistem.

 

3. Soalan :    Kenapakah saya tidak boleh membuat tempahan slot golf melalui Golf Booking Online.

Jawapan :    Masalah ini mungkin berpunca dari faktor-faktor berikut:

a) Slot telah ditempah lebih awal oleh ahli lain.

b) Slot yang ingin ditempah telah terlebih dahulu ditempah/disekat untuk pertandingan atau penyelenggaraan padang

c) Ahli cuba membuat tempahan lebih dari satu slot

 

4. Soalan :    Bolehkah ahli membuat tempahan lebih dari satu slot sehari?

Jawapan :    Sistem tempahan tidak akan membenarkan ahli membuat tempahan lebih dari satu slot  sehari.